Sunday, January 24, 2016

Lagi 5 minutes birthday aku tamat.

dah tiga tahun xsambut, dah tiga tahun xpotong kek on my birthday, entahlarh maybe bagi orang lain birthday perkara kecik jer, xpenting. For me, yes it is so important sebab setiap tahun mak sambut kot, hehehe. anak tunggal kan, kena faham, kalau anak dua tiga orang, maybe wish jer larh kan. kalau time high school, mak akan bawak kek datang ke asrama masa hari melawat, kalau tengah keja, tengah malam larh baru kami potong kek sebab nak tunggu birthday girl nie habis kerja.
 
So, bila tetiba xde sapa2 sambut, rasa dia lain sangatttt. bila wishhh saja, ermmm, sofiah tamak! hahahaha. dah larh malas nak tulis, kan best kalau aku cakap, lappy nie type sendiri. 

Sunday, December 27, 2015

THROWBACK

lusa exam tapi dua tiga hari nie asyik nangis jer, maybe sebab stress kot and lagi stress bila xde tempat nak mengadu, bila tengah down, tengok ja phone tuh, xtawu nak call sapa and at last teriak sorng2. yes ada kawan, yes ada bf tapi entah larh still rasa kurang, still rasa kosong. So senang cakap, rindu mak actually, tuh yang sebenornya, rindu nak kena marah, nak dengar mak ketawa, rindu nak dengar mak minta tolong, rindu nak peluk mak, rindu rindu, rindu semua benda larh.

setiap masa dan  dengan sesiapa sahaja kalau ada peluang aku akan bercerita pasal mak aku sebab apa? sebab yang tuh ja aku ada. kenangan, kalau boleh nak cerita setiap masa pasal mak, mak itu, mak ini. dah dua tahun, hmmmm. dua tahun yang dipeuhi cabaran. apa guna pandai, apa guna hidup senang kalau xboleh share dengan mak and xboleh buat mak bahagia, heeee. tapi iti tawu mak tenang kan dekat sana, sebab mak lebih banyak menderita dekat dunia nie, dari iti kecik sampai iti besar hidup kita penuh dengan dugaan. dugaan mak ibu tunggal nak besarkan iti, dugaan sakit mak, dugaan nak cari rezeki yang halal. iti kagum dengan mak sangat kagum sebab mak berjaya bertahan, mak mampu harungi semua dugaan tuh dengan tenang. even sakit dia, perit dia, Allah jer tawu macam mana, mak xpenah tunjuk dekat iti sebab mak cakap, tugas iti belajar pandai2, hal-hal lain biar mak uruskan. Allah, bila teringat, menitik air mata. 

Mak, walaupown iti cuma dapat menumpang kasih sayang mak selama 18 tahun, iti cukup bahagia, walaupown hidup kita susah and serba kekurangan, mak sakit. hati anak mana yang xsedih tengok bila setiap kali mak jalani Chemotheraphy, rambut mak luruh, mak demam, muntah, xlalu makan. anak mana yang sangup tengok semua tuh? mak terlantar jer atas katil. Allah. ulang alik masuk hospital. naik moto hantar mak masuk hospital, bawak mak keluar pown naik moto. menangis dalam hati nie tengok keadaan mak. 

iti minta maaf sebab chemotherapy mak yang terakhir kalinya, iti xjaga mak. waktu mak meninggal, iti xde sebelah mak, iti minta maaf. ampun mak. ampun. iti hanya sempat tengok mak didalam kain kapan. makkkk. iti berdosa mak. iti terkilan sangat dengan diri sendiri. mak.

waktu Maklang cerita apa yang jadi. Allah, teresak-esak aku menangis sbeba waktu mak diakhir nyawa, mak masih fikir pasal iti, mak xnak ganggu time iti exam sebab mak risau iti xleh fokus masa exam iti. ya Allah. aku sangat bersyukur, sangat bertuah memilik seorang ibu seperti makku. xde sapa yang boleh ganti mak and xkan diganti.

yes, memang teruk jaga orang dihospital, dengan xcukup tido dan cuma tido dibangku, dengan tengah-tengah malam mak kejut, minta di bawa ketoilet. setiap hari rungsing fikir, apa yang mak boleh makan and apa yang xboleh. setiap hari cuba cari ikhtiar lain supaya mak boleh sembuh and supaya aku dpat lihat senyuman mak semula tapi aku masih belum bersedia ditinggalkan sbab mak janji xkan tinggalkan iti, mak janji akan sembuh..

setahun terakhir usia mak. mak banyak sangat menderita, xboleh keluar rumah, xboleh berkebun, mak menangis tengok pokok-pokok yang mak penat lelah tanam and jaga setiap hari habis mati sebab antibody badan lemah selepas menjalani chemotherapy. Bila kena daun2 pokok, badan2 akan habis gatal. selepas operation, mak dah xboleh buat kerja berat and sedih tengok mak sebab rungsing duk fikir sumber rezeki xde, sbab mak dah xboleh kutip sayur. 


iti minta maaf mak, iti xmampu buat apa2, setiap kali tengok mak sedih iti hanya mampu menangis. setiap hari iti terbayang muka mak datang melwat iti dekat plkn bersama berita yang mak disahkan menghidapi kanser. Allah, itu larh pertama kali iti lihat mak menangis begitu teruk selama iti  18 tahun di bawah jagaan mak, masih terbayang baju mak, tudung mak...  sungguh besar dugaan mu ya Allah, tapi benar. Allah xkan turunkan ujian pada hambanya yang tidak mampu. my mum kuat. and last iti tengok mak paling happy ketika raya. mak excited sangat, beli cadar baru, jahit langsir baru, masak macam2. mak happy sangat tengok rendang mak satu kuali besar habis dijamu, laksa mak laku sungguh.mak pown happy sangat sebab adik2 mak ramai yang datang rumah sebab family mak ada masalah dalaman. Allah, rupanya, itu adalah raya mak kali terakhir. tiga hari selepas itu....

bila keluar pegi mana2, iti tolak mak pakai kerusi roda, semua orang tengok, mak relaks jer, dalam hati? iti faham mak. bila last kita makan luar ek mak? haaa, hari iti dapat result Spm. mak happy sangat iti dapat 8A 2B. iti dah meraung macam orang gila dah. mak happy sangat. iti harap iti dapat buat mak happy dengan result iti. ingat lagi kita makan dekat foodcourt TEsco. kita makan lambchop! favourite kita dua. lusa, mak masuk hospital, operation... start dari iti, bermula zaman gelap dalam hidup aku.



Tuesday, December 22, 2015

SOFIAH PADA HARI INI

ASSALAM

Setelah dua tahun, baru teringat ada blog nie. muahaha. actually nak cari semalam blog nie, tapi sebab busy, sekarang baru ada masa. Punya excited jumpa balik blog nie sebab ada banyak sangat benda nak cerita, nak luah, tapi xjumpa lagi orang yang boleh kasi feedback yang aku nak bila aku story masalah aku. hehehe. (mengada)

Ehh, lupa nak inform, sekarang ada dekat library pakai tdung makcik2, tshirt kmpp dgan palazo beli masa form 5. gelak tengok diri sendiri dkat cermin, anyway macam biasa Sofiah dengan yakinnya cakap, xpe, AKU CANTIK :')


Okay back to the main idea, actually smlam aku stalk ig, then jeles sangat tengok perempuan2 cantik, terdetik dalm hati, nak cantik jugak, tengok girl tuh ada pakwe sweet, terdetik dalam hati nak pakwe sweet jugak, tengok kwan keluar dating terdetik dalam hati, nak keluar dating jugakkkkk. tengok handbag, perfume dkat ig lagi skali terdetik dalm hati, xde orang nak kasi hadiah ke, huhuhu.


Then, alhamdulilah berjaya muhasabah diri, muahaha. macam xpercaya jer Sofiah kasi nasihat dekat diri sendiri. Sofiah, kita kena belajar bersyukur, nikmat Allah tuh luas, kenapa nak kena tengok dari aspect tuh ja. Allah dah kasi awak macam-macam padahal awak banyak sangat buat dosa dgan Allah, Allah kasi awak kawan2 yang sentiasa sayang awak, sokong awak tolong awak. Allah kasi awak rezeki yang boleh guna bila-bila masa ja. Allah kasi awak kepandaian, banyak lagi nikmat yang Allah kasi dekat awak tapi awak xsedar. 
Muka penuh jerawat? gelap? berisi? ujian Sofiah. sapa xnak cantik ? sapa xnak pandai? semua orang nak, tapi bukan semua orang dapt, sebab? Allah lebih mengetahuinya. bersyukur dgan apa yang awak ada pada hari nie. ingat! apa pown yang awak lakukan, ingat mak, ingat Allah.

Sunday, October 13, 2013

Assalammuailaikum :)

YEYEHHH !!! sofiahhh dah ada blog balikk, setelahh dua bloggg, nie blog yang terakhir kowttt, insyaallah. hehehe, thanks to HAFIZ MUHAMAD ! mr. handsome nie larh yang tolong create blog nie, hoho. trimas trimas, jasa mu dikenang, nanti cek belanja cekelat nohhh. hehehe. excited ! excited ! sebab dah ada blog, boleh start routine lama balik, lalalala. so, stop kat sini dulu nahhh, nak edit2 lagi skett, :D